Tempoh jaminan
| Pembaikan | Jaminan |
|---|---|
| Tukar skrin (gred tulen) | 90 hari |
| Tukar skrin (gred original) | 90 hari |
| Tukar skrin (OLED premium) | 90 hari |
| Tukar skrin (OLED standard) | 30 hari |
| Tukar skrin (TFT premium) | 30 hari |
| Tukar kaca skrin | 30 hari |
| Tukar bateri (gred standard) | 90 hari |
| Tukar bateri (gred premium) | 180 hari |
| Tukar bateri (gred tulen) | 180 hari |
| Tukar komponen pengecasan | 180 hari |
| Tukar kamera belakang (gred original) | 180 hari |
| Tukar kamera hadapan | 180 hari |
| Pembaikan papan induk | 180 hari |
Apa yang dilindungi
Kecacatan pembuatan pada alat ganti yang kami pasang. Contohnya:
- Skrin: fungsi sentuhan bermasalah.
- Kaca skrin: gelembung atau kaca terangkat.
- Bateri: kembung atau cepat habis secara luar biasa.
- Port pengecas: cas jadi perlahan atau longgar semula.
- Papan induk: masalah yang sama berulang.
Apa yang tidak dilindungi
- Telefon jatuh, retak atau bengkok selepas pembaikan.
- Masuk air selepas pembaikan.
- Telefon dibuka oleh pihak lain selepas kami baiki.
- Bahagian lain telefon yang bukan sebahagian daripada pembaikan.
Cara tuntut jaminan
- Bawa telefon ke cawangan yang membaiki telefon anda. Kalau tak sempat, WhatsApp kami dulu dan kami beritahu cawangan mana boleh periksa.
- Bawa resit, atau beri nombor telefon yang anda guna semasa hantar telefon.
- Juruteknik akan periksa. Kalau masalah itu dilindungi jaminan, kami baiki tanpa caj.
Hantar model telefon anda. Kami beri harga.
Harga bergantung pada model dan gred alat ganti, jadi kami tak senaraikan di sini. WhatsApp kami — sebut harga percuma dan anda tak wajib teruskan.
Tanya harga di WhatsApp