Soalan lazim
Soalan yang paling kerap ditanya pelanggan di WhatsApp.
Boleh siap hari sama?
Kebanyakan kerja skrin dan bateri siap hari sama. Anda boleh tunggu di cawangan atau datang balik petang. Kerja papan induk dan masuk air biasanya ambil masa lebih lama — juruteknik akan beritahu anggaran masa selepas periksa.
Perlu buat temujanji?
Tak perlu. Anda boleh terus datang ke mana-mana cawangan. Tapi kalau WhatsApp kami dulu, kami boleh semak sama ada alat ganti untuk model anda ada di cawangan tu.
Data saya hilang tak?
Biasanya tukar skrin, bateri atau port pengecas tak memadam data. Tapi kami tetap galakkan anda backup dulu sebelum sebarang pembaikan.
Berapa harga tukar skrin?
Bergantung pada model dan gred skrin. WhatsApp model telefon anda dan kami beri sebut harga percuma untuk setiap gred.
Apa beza skrin tulen, original, OLED dan TFT?
Gred tulen dan original paling hampir dengan skrin asal. OLED premium dan OLED standard ialah pilihan pertengahan. TFT premium paling jimat; pada sesetengah model, paparannya sedikit lebih kecil daripada asal. Jaminan 30 hingga 90 hari ikut gred.
Berapa lama jaminan?
Bergantung pada pembaikan: skrin 30 atau 90 hari ikut gred, bateri 90 atau 180 hari, port pengecas, kamera dan papan induk 180 hari. Lihat halaman jaminan untuk senarai penuh.
Telefon saya masuk air. Boleh selamat tak?
Matikan, jangan cas, jangan masukkan dalam beras, dan bawa ke cawangan secepat mungkin. Kami bersihkan dan periksa dulu. Kami tak dapat janji setiap telefon boleh diselamatkan, tapi lagi cepat lagi baik.
Bateri saya kembung. Masih boleh guna?
Jangan cas lagi dan bawa ke cawangan secepat mungkin. Jangan tekan skrin yang terangkat.
Boleh baiki Samsung, Oppo, Vivo, Xiaomi?
Boleh. Kebanyakan telefon yang kami baiki ialah Android. Beritahu model penuh supaya kami boleh semak alat ganti.
Kena bagi kata laluan telefon?
Ya, supaya juruteknik boleh uji skrin, sentuhan, kamera dan bunyi bersama anda lepas siap.
Telefon saya pernah dibaiki di kedai lain. Boleh hantar?
Boleh. Juruteknik akan periksa dulu dan beritahu apa yang dijumpai sebelum buat apa-apa kerja.
Boleh tukar skrin dan bateri sekali gus?
Boleh. Beritahu kami kedua-duanya di WhatsApp dan kami beri harga sekali.
Cawangan mana paling dekat dengan saya?
Kami ada 16 cawangan di KL, Selangor dan Putrajaya. Lihat halaman cawangan atau beritahu kawasan anda di WhatsApp.
Kalau telefon tak boleh dibaiki?
Juruteknik akan beritahu terus terang selepas pemeriksaan, dan anda boleh ambil semula telefon anda. Kami tak akan teruskan kerja tanpa persetujuan anda.
Skrin saya ada garis hijau. Kena tukar skrin?
Selalunya ya. Tapi untuk sesetengah kes ada pilihan pembaikan garis skrin tanpa tukar skrin, dengan jaminan 30 hari untuk masalah yang sama. Juruteknik periksa dulu dan beritahu pilihan yang sesuai.