SPRBaiki Telefon

Tukar skrin telefon

Skrin pecah, ada garis, berkelip atau terus gelap — masalah macam ini kami baiki setiap hari. Anda pilih gred skrin ikut bajet dan berapa lama nak pakai telefon tu. Kebanyakan model siap hari sama.

Tanya harga di WhatsApp
Skrin Samsung retak sebelum dibaiki

Gred skrin yang ada

Ini gred yang kami guna di semua cawangan. Tak semua gred ada untuk setiap model — beritahu kami model telefon anda, kami akan beritahu gred mana yang ada.

GredApa yang anda dapatJaminan
Skrin (gred tulen)Skrin tulen. iPhone akan papar "tulen" dalam tetapan.90 hari
Skrin (gred original)Skrin gred original. iPhone akan papar "bahagian tidak diketahui".90 hari
Skrin (OLED premium)Skrin OLED gred premium.90 hari
Skrin (OLED standard)Skrin OLED gred standard. Sesetengah model, paparan lebih kecil daripada asal.30 hari
Skrin (TFT premium)Skrin TFT gred premium. Sesetengah model, paparan lebih kecil daripada asal.30 hari
Kaca skrinTukar kaca skrin sahaja. Tidak termasuk paparan.30 hari
Untuk skrin OLED standard dan TFT premium, pada sesetengah model kawasan paparan sedikit lebih kecil daripada skrin asal. Kami akan tunjuk dan terangkan dulu sebelum pasang supaya anda tahu keadaannya.

Kaca je pecah, tapi skrin masih elok?

Kalau paparan masih terang, tak ada tompok hitam dan sentuhan masih berfungsi penuh, mungkin anda hanya perlu tukar kaca sahaja (tidak termasuk paparan). Juruteknik akan periksa dulu dan beritahu sama ada boleh atau tidak.

Kalau ada garis, tompok hitam atau bahagian skrin tak boleh disentuh, maksudnya bahagian paparan pun dah rosak — kena tukar skrin penuh.

Sebelum datang

  • Buat backup gambar dan WhatsApp kalau telefon masih boleh guna.
  • Ingat kata laluan (passcode) — supaya kami boleh uji telefon bersama anda lepas siap.
  • Tanggalkan casing dan pelindung skrin kalau senang, supaya juruteknik boleh nampak keadaan sebenar.

Selepas tukar skrin

Kami uji sentuhan, kecerahan, kamera depan dan Face ID / cap jari bersama anda di kaunter. Untuk iPhone, Tetapan mungkin memaparkan mesej tentang bahagian skrin bergantung pada gred yang anda pilih — kami akan terangkan semasa anda memilih gred.

Samsung dengan skrin baru selepas dibaiki

Hantar model telefon anda. Kami beri harga.

Harga bergantung pada model dan gred alat ganti, jadi kami tak senaraikan di sini. WhatsApp kami — sebut harga percuma dan anda tak wajib teruskan.

Tanya harga di WhatsApp
Tanya harga di WhatsApp