SPRBaiki Telefon

Baiki papan induk (motherboard)

Bila telefon langsung tak hidup, asyik restart sendiri atau tiba-tiba tiada isyarat, masalahnya mungkin pada papan induk. Kami baiki papan induk asal telefon anda — bukan tukar papan lain.

Tanya harga di WhatsApp
Membaiki papan induk telefon di bawah mikroskop

Tanda masalah papan induk

  • Tak hidup langsung walaupun dah cas lama.
  • Asyik restart, tersekat di logo.
  • Tiada isyarat (No Service) walaupun SIM elok.
  • Panas melampau di satu bahagian walaupun tak guna.
  • Lepas jatuh atau masuk air, ada fungsi tertentu hilang.

Kenapa baiki, bukan tukar

Data anda — gambar, WhatsApp, kenalan — tersimpan dalam papan induk. Kalau papan induk ditukar, data lama hilang. Bila kami baiki papan induk asal, ada peluang data anda kekal.

Jaminan pembaikan papan induk: 180 hari, untuk masalah papan induk yang sama.

Pembaikan papan induk perlukan diagnosis dulu. Juruteknik akan terangkan hasil pemeriksaan dan harganya sebelum mula. Kalau tak boleh dibaiki, kami beritahu terus terang.

Hantar model telefon anda. Kami beri harga.

Harga bergantung pada model dan gred alat ganti, jadi kami tak senaraikan di sini. WhatsApp kami — sebut harga percuma dan anda tak wajib teruskan.

Tanya harga di WhatsApp
Tanya harga di WhatsApp