SPRBaiki Telefon

Jenama yang kami baiki

Bukan iPhone sahaja. Kebanyakan telefon yang masuk ke cawangan kami ialah Android. Kalau jenama anda tak ada dalam senarai ini, WhatsApp kami dulu — mungkin kami boleh bantu juga.

Tanya harga di WhatsApp
Pelbagai jenama telefon di atas meja pembaikan SPR

iPhone

Dari iPhone lama sampai model terkini. Skrin dan bateri ada beberapa gred, dan kami terangkan apa yang akan dipaparkan dalam Tetapan iPhone untuk setiap gred sebelum anda pilih.

Samsung

Siri A, siri S dan siri Note. Kebanyakan model Samsung guna skrin AMOLED — skrin yang dah bergaris hijau atau ada tompok gelap biasanya perlu tukar skrin penuh.

Oppo, Vivo dan Realme

Antara jenama yang paling banyak kami baiki. Masalah biasa: skrin pecah, bateri lemah, port pengecas longgar.

Xiaomi, Redmi dan Poco

Skrin, bateri, port pengecas dan kamera. Beritahu model penuh (contoh: Redmi Note 13) supaya kami boleh semak alat ganti.

Huawei dan Honor

Skrin, bateri dan port pengecas untuk kebanyakan model. Untuk model yang jarang, kami semak dulu sama ada alat ganti ada.

Tak pasti model anda?

Buka Tetapan › Perihal telefon (About phone). Nama model ada di situ. Ambil screenshot dan hantar kepada kami di WhatsApp.

Hantar model telefon anda. Kami beri harga.

Harga bergantung pada model dan gred alat ganti, jadi kami tak senaraikan di sini. WhatsApp kami — sebut harga percuma dan anda tak wajib teruskan.

Tanya harga di WhatsApp
Tanya harga di WhatsApp