Cuba ini dulu di rumah
- Cuba kabel dan kepala pengecas lain. Banyak kes selesai di sini.
- Suluh port dengan lampu. Habuk poket boleh terkumpul di dalam dan buat kabel tak masuk sepenuhnya.
- Kalau telefon anda ada wireless charging, cuba cas tanpa wayar. Kalau wireless boleh tapi kabel tak boleh, port memang bermasalah.
Jangan korek port dengan pin besi atau jarum. Pin dalam port mudah bengkok dan rosak.
Apa yang kami buat
Juruteknik akan bersihkan dan uji port dulu. Kalau komponen pengecasan memang rosak, kami hanya tukar komponen itu.
Jaminan untuk tukar komponen pengecasan: 180 hari, meliputi kecacatan pembuatan — contohnya cas jadi perlahan atau port longgar semula.
Hantar model telefon anda. Kami beri harga.
Harga bergantung pada model dan gred alat ganti, jadi kami tak senaraikan di sini. WhatsApp kami — sebut harga percuma dan anda tak wajib teruskan.
Tanya harga di WhatsApp